awal paginya dia memberi nafas baru kepada setiap yang bernyawa,cahayanya menghidupkan seluruh alam semesta,burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas,kanak-kanak berlari riang,air-air kedengaran megalir yang mengusik jiwa dan memberi ketenagan sesiapa yang mendekatinya.dalam pada itu,ia terus memberi sinarannya sehingga tamat kontraknya.dalam seharian kerjanya,kadang-kadang ia hilang meyembunyikan diri untuk waktu seketika dan membiarkan kawannya menyirami tumbuh-tumbuhan,binatang dan manusia.kadang-kadang dia turun untuk memberi amaran dan ancaman kepada mereka yang lupa pada Pentadbir alam ini.dia hanya bertugas 12 jam satu hari.kawannya akan mengambil alih tugasnya apabila tiba waktu segala yang ada dimuka bumi di alam mimpi.aku tidak pasti adakah aku mampu merasai mentarinya lagi.aku tahu bahawa aku hanya perlu berserah diri kepadaNya kerana Dia berhak keatas aku.
tersentak dari buaian mimpi-mimpi indah,engkau bangkit dari tidurmu,berjalan untuk menyingkap jendelamu,cahaya yang biasa engkau temui menyapa mukamu,oh,sudah pagi rupanya.engkau mencapai tuala dan bergegas untuk membersihkan dirimu.bagaikan tiada apa-apa bagimu,engkau meneruskan kehidupanmu seharian,dari pagi sampai ke petang,dari petang sampai ke malam,adakah bagi engkau segala yang engkau lihat selama ini hujah nenek moyang yang mengatakan sudah menjadi biasa matahari itu terbit dari timur dan tenggelam di barat?dari pagi bertukar petang?dari petang bertukar malam?adakah setiap hembusan nafas itu engkau hargai?jika itulah tanggapan engkau selama ini,sebenarnya engakau silap.cahaya yang engkau selalu menyapamu pasti akan membakarmu suatu hari nanti.engkau akan lihat cahaya yang selama ini terbit dari timur akan terbit dari barat.ia adalah petanda berakhirnya amalan manusia.adakah engkau sedari akan perkara ini akan berlaku?apakah persedian yang engkau lakukan?apakah selama ini engkau sujud kepadaNya?adakah engkau bersyukur setiap hembusan nafas yang engkau keluarkan?apakah tiada ruang untuk engkau mengenaliNya walau hanya sekejap?apakah kamu tidak merasa apa-apa tentang secebis ruang kehidupan yang diberikan kepada engkau?masih ada masa untuk engkau mengenali diriNya yang selama ini membiarkan engkau terus bernafas.engkau harus hidup umpama pedagang yang ingin mencari keuntungan.lantaran itu,engkau akan beruntung bilamana engkau dipanggil Tuanmu.
keadaan sekeliling yang penuh dengan maksiat,menyebabkan hati2 berkarat
yang penuh dosa2 tanpa taubat yang sebenar2nya,apakah layak menduduki jannahNya
manusia yang sekarang ini semakin lupa kepada rabbNya
dunia menjadi tempat untuk bersuka2 sahaja,manusia hidup tanpa syariatNya
bilamana manusia hidup tanpa bertuhan, bilamana nafsu didahulukan
semuanya menjadi musnah,hidup manusia menjadi x menentu
akan tetapi manusia akan bahagia jika ia mengenali penciptaNya .
terlalu sukar untuk di ungkapkan dengan kata2
ia berlalu bagaikan air yang mengalir laju
di dalamnya ada segala rintangan
mengajar erti sebuah kehidupan
umpama ikan yang melawan arus
dan yang mati pasti di bawa arus
dari saat itu ia mengajarku erti sebuah perjuangan
segala dugaan dan cabaran harus di lalui
di dunia ini yang tua tidak akan menjadi muda
yang muda tidak akan menjadi kanak2
untuk saat itu apakah kita sentiasa bersedia menghadapiNya
apakah yang kita lakukan semasa hayat kita
apakah kebaikan ataupun kejahatan
wahai jiwa2 kotor
putihkan hatimu untuk menghadapi saat itu
agar dikau bahagia selamanya.
takkala manusia dalam kesesatan
kau muncul membawa cahaya
untuk mengeluarkan manusia dalam kegelapan
kau diberi mukjizat untuk menentang musuhmu
kau disuruh menyebarkan risalahnya
kau ditentang oleh kaummu sendiri
mereka membencimu
tapi semua itu kau ketepikannya
semata-mata menyebarkan kalimahNya
semua usahamu telah membawa kejayaan
hingga kini kalimahNya kedengaran disetiap penjuru dunia
hingga kini usahamu diteruskan para shuhada
takkala kau meninggalkan dunia
agar kalimahNya tidak padam dari lisan manusia
namamu tetap dihati ummatmu
kaulah insan yang mulia
kaulah putra Abdullah
kaulah kekasih Allah
kaulah pembawa risalah agung
kaulah Nabi MuhammadPutra Abdullah
dia sebagai amanah kepada sepasang kekasih
yang bergelar suami & isteri
sebagai permata dalam mahligai
sebagai penyejuk hati
tapi hari ini dia diabaikan
dia didera...dia dibunuh...
apa dosa dia diperlakukan demikian?
apakah tiada rasa kasih sayang dihatimu?
dimanakah martabatmu?
dimanakah maruahmu?
apakah sanggup melanggar amanah
yang selama ini berjanji denganNya
apakah sanggup melihat mereka menderita
apakah lenyap perasaanmu rasa suka
pada kurniaanNya
dalam berjuta terlalu susah untuk mencarinya
dia hadir sebagai teman takkala kesepian
dia pemberi semangat takkala berputus asa
dia pemberi nasihat takkala kebuntuan pemergiannya dirasai
dia bagaikan berada disisi
ukhwah yang dibentuk terus menyemai hati
segala tingkah lakunya terlintas difikiran
saat2 bersamanya terasa ceria
segala pahit manis bersamanya
saat2 ketawa bersama2
kehadiranya dinanti
sebagai sahabat sejati
yang tiada pengganti
andai diriku pernah tersalah
maafkanlah diriku ini
aku terbayang..aku terkenang saat-saat yang lalu..
kata-kata..ketawa..senyuman..semuanya
terpahat dibenakku takkala aku terfikir waktu dulu
bagaikan bayang-bayang..ia datang..ia pergi..
kawan-kawan..guru-guru..semuanya masih segar dalam ingatan..
jka dulu aku sering bersama mereka,tapi kini semuanya sudah pergi..
aku keseorangan..aku sunyi..
alangkah indahnya waktu dulu..tapi apakah daya..
ianya bagaikan terjatuh dilantai
yang terjatuh dilantai..yang tak bisa disatukan kembali
aku harap mereka berada dalam jagaanNya
aku tak lupakan padaMu ya Rabbi
aku tahu Kau akan satukan kami kembali
ia pasti..pasti akan terjadi..cuma yang memisahkannya adalah waktu
aku tak tahu bilakah saat itu
semuanya dengan kekuasaanMu..