nuhaislami
awal paginya dia memberi nafas baru kepada setiap yang bernyawa,cahayanya menghidupkan seluruh alam semesta,burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas,kanak-kanak berlari riang,air-air kedengaran megalir yang mengusik jiwa dan memberi ketenagan sesiapa yang mendekatinya.dalam pada itu,ia terus memberi sinarannya sehingga tamat kontraknya.dalam seharian kerjanya,kadang-kadang ia hilang meyembunyikan diri untuk waktu seketika dan membiarkan kawannya menyirami tumbuh-tumbuhan,binatang dan manusia.kadang-kadang dia turun untuk memberi amaran dan ancaman kepada mereka yang lupa pada Pentadbir alam ini.dia hanya bertugas 12 jam satu hari.kawannya akan mengambil alih tugasnya apabila tiba waktu segala yang ada dimuka bumi di alam mimpi.aku tidak pasti adakah aku mampu merasai mentarinya lagi.aku tahu bahawa aku hanya perlu berserah diri kepadaNya kerana Dia berhak keatas aku.
0 Responses

Post a Comment