nuhaislami
awal paginya dia memberi nafas baru kepada setiap yang bernyawa,cahayanya menghidupkan seluruh alam semesta,burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas,kanak-kanak berlari riang,air-air kedengaran megalir yang mengusik jiwa dan memberi ketenagan sesiapa yang mendekatinya.dalam pada itu,ia terus memberi sinarannya sehingga tamat kontraknya.dalam seharian kerjanya,kadang-kadang ia hilang meyembunyikan diri untuk waktu seketika dan membiarkan kawannya menyirami tumbuh-tumbuhan,binatang dan manusia.kadang-kadang dia turun untuk memberi amaran dan ancaman kepada mereka yang lupa pada Pentadbir alam ini.dia hanya bertugas 12 jam satu hari.kawannya akan mengambil alih tugasnya apabila tiba waktu segala yang ada dimuka bumi di alam mimpi.aku tidak pasti adakah aku mampu merasai mentarinya lagi.aku tahu bahawa aku hanya perlu berserah diri kepadaNya kerana Dia berhak keatas aku.
nuhaislami
tersentak dari buaian mimpi-mimpi indah,engkau bangkit dari tidurmu,berjalan untuk menyingkap jendelamu,cahaya yang biasa engkau temui menyapa mukamu,oh,sudah pagi rupanya.engkau mencapai tuala dan bergegas untuk membersihkan dirimu.bagaikan tiada apa-apa bagimu,engkau meneruskan kehidupanmu seharian,dari pagi sampai ke petang,dari petang sampai ke malam,adakah bagi engkau segala yang engkau lihat selama ini hujah nenek moyang yang mengatakan sudah menjadi biasa matahari itu terbit dari timur dan tenggelam di barat?dari pagi bertukar petang?dari petang bertukar malam?adakah setiap hembusan nafas itu engkau hargai?jika itulah tanggapan engkau selama ini,sebenarnya engakau silap.cahaya yang engkau selalu menyapamu pasti akan membakarmu suatu hari nanti.engkau akan lihat cahaya yang selama ini terbit dari timur akan terbit dari barat.ia adalah petanda berakhirnya amalan manusia.adakah engkau sedari akan perkara ini akan berlaku?apakah persedian yang engkau lakukan?apakah selama ini engkau sujud kepadaNya?adakah engkau bersyukur setiap hembusan nafas yang engkau keluarkan?apakah tiada ruang untuk engkau mengenaliNya walau hanya sekejap?apakah kamu tidak merasa apa-apa tentang secebis ruang kehidupan yang diberikan kepada engkau?masih ada masa untuk engkau mengenali diriNya yang selama ini membiarkan engkau terus bernafas.engkau harus hidup umpama pedagang yang ingin mencari keuntungan.lantaran itu,engkau akan beruntung bilamana engkau dipanggil Tuanmu.
nuhaislami
keadaan sekeliling yang penuh dengan maksiat,menyebabkan hati2 berkarat
yang penuh dosa2 tanpa taubat yang sebenar2nya,apakah layak menduduki jannahNya
manusia yang sekarang ini semakin lupa kepada rabbNya
dunia menjadi tempat untuk bersuka2 sahaja,manusia hidup tanpa syariatNya
bilamana manusia hidup tanpa bertuhan, bilamana nafsu didahulukan
semuanya menjadi musnah,hidup manusia menjadi x menentu
akan tetapi manusia akan bahagia jika ia mengenali penciptaNya .
nuhaislami
terlalu sukar untuk di ungkapkan dengan kata2
ia berlalu bagaikan air yang mengalir laju
di dalamnya ada segala rintangan
mengajar erti sebuah kehidupan
umpama ikan yang melawan arus
dan yang mati pasti di bawa arus
dari saat itu ia mengajarku erti sebuah perjuangan
segala dugaan dan cabaran harus di lalui
di dunia ini yang tua tidak akan menjadi muda
yang muda tidak akan menjadi kanak2
untuk saat itu apakah kita sentiasa bersedia menghadapiNya
apakah yang kita lakukan semasa hayat kita
apakah kebaikan ataupun kejahatan
wahai jiwa2 kotor
putihkan hatimu untuk menghadapi saat itu
agar dikau bahagia selamanya.
nuhaislami
orang islam itu bersaudara, ianya pasti menjadi kuat umpama gunung yang teguh
yang tidak bisa di hancurkan,
apa yang berlaku sekarang ialah umat islam tidak lagi di geruni oleh musuh2 islam dan Allah
apakah kita ingin berada di bawah telunjuk musuh2 islam
setiap hari yahudi laknatullah membunuh saudara seagama kita
mereka tidak gentar menghadapi musuh2 Allah
tetapi apakah pengorbanan yang kita lakukan
ya Allah..satukanlah hati2 kami 
berilah kami kekuatan dan pendirian kami
dalam menghadapi musuh2mu ya Allah
wahai umat islam,bangkitlah dari belenggu jiwamu
tewaskan yahudi di dalam dirimu
binakan kekuatan rohanimu
agar Dia membawamu ke arah yang di redaiNya.
nuhaislami
dari jauh aku kira dia seseorang yang  takut untuk di dekati
wajahnya dari jauh seakan-akan orang yang tegas 
tapi semua itu tidaklah benar tentangnya
dari jauh dia datang untuk menabur benih2 ilmu
menabur bakti untuk anak bangsa dan negara
dia bersabar dengan segala ragam pelajar
tidak sedikitpun mematahkan semangatnya
bahkan ia sebagai pemangkin kekuatan diri
terasa dirinya bagaikan seorang bapa & ibu 
dia bagaikan teman tempat mengadu masalah
tidak sedikitpun dia marah bahkan segala nasihat lancar dibibirnya
kata-katanya bak emas yang tinggi nilainya
bak hujan yang turun dengan lebatnya
bak cahaya matahari yang menyegarkan
bak bulan purnama yang penuh
yang tak bisa dibayar dengan apapun
ya Allah...
ampunkan dosa guru2 kami..
buat guru2...
halakan segala ilmu pada anak didikmu 
agar ianya diberkati olehNya
agar ianya menjadi teman hidup anak didikmu sepanjang hayat.
buat guru2..
segala baktimu akan terusku ukirkan kenangan dalam memoriku
agar ianya sentiasa terpahat dihatiku
saat2 waktu dahulu.
nuhaislami
Labels: 0 comments | edit post
nuhaislami
mereka gembira dengan kehadiranmu 
kau dijaga dengan rapi waktu kecilmu
mereka resah bila kau kedukaan
mereka tersenyum bilamu gembira
mereka murrabimu membentuk kejayaan
mereka membimbingmu dengan Al-quran & sunnah
mereka berkorban demi kepentinganmu
buat yang bergelar anak
apakah balasanmu terhadap mereka..
apakah kamu sentiasa mendoakan mereka..
apakah kamu menhubungi mereka takkala berjauhan..
apakah kamu melupakan mereka..
duhai insan yang bergelar anak
janganlah lupa pergorbanan ayah ibumu
janganlah memutuskan silaturrahim dengan mereka
janganlah biadap kepada mereka
janganlah durhaka kepada mereka
ya rabbi....
ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan dosa kami
duhai ayah ibu..ampunkanlah dosa anakmu ini




nuhaislami
takkala manusia dalam kesesatan
kau muncul membawa cahaya
untuk mengeluarkan manusia dalam kegelapan
kau diberi mukjizat untuk menentang musuhmu
kau disuruh menyebarkan risalahnya
kau ditentang oleh kaummu sendiri
mereka membencimu
tapi semua itu kau ketepikannya
semata-mata menyebarkan kalimahNya
semua usahamu telah membawa kejayaan
hingga kini kalimahNya kedengaran disetiap penjuru dunia
hingga kini usahamu diteruskan para shuhada
takkala kau meninggalkan dunia
agar kalimahNya tidak padam dari lisan manusia
namamu tetap dihati ummatmu
kaulah insan yang mulia
kaulah putra Abdullah
kaulah kekasih Allah
kaulah pembawa risalah agung
kaulah Nabi MuhammadPutra Abdullah

nuhaislami
dia sebagai amanah kepada sepasang kekasih
yang bergelar suami & isteri
sebagai permata dalam mahligai
sebagai penyejuk hati
tapi hari ini dia diabaikan
dia didera...dia dibunuh...
apa dosa dia diperlakukan demikian?
apakah tiada rasa kasih sayang dihatimu?
dimanakah martabatmu?
dimanakah maruahmu?
apakah sanggup melanggar amanah
yang selama ini berjanji denganNya
apakah sanggup melihat mereka menderita 
apakah lenyap perasaanmu rasa suka
pada kurniaanNya

nuhaislami



dalam berjuta terlalu susah untuk mencarinya 
dia hadir sebagai teman takkala kesepian
dia pemberi semangat takkala berputus asa
dia pemberi nasihat takkala kebuntuan
pemergiannya dirasai
dia bagaikan berada disisi
ukhwah yang dibentuk terus menyemai hati
segala tingkah lakunya terlintas difikiran
saat2 bersamanya terasa ceria
segala pahit manis bersamanya
saat2 ketawa bersama2
kehadiranya dinanti
sebagai sahabat sejati
yang tiada pengganti
andai diriku pernah tersalah
maafkanlah diriku ini
nuhaislami
ilmu bagaikan matahari ketika mengeluarkan cahayanya
ilmu bagaikan bulan purnama yang mengambang dimalam hari
kedua-duanya memberi manafaat ketika dalam kesempitan
ianya akan terus bersinar jika semakin dekat denganNya
oleh itu , berusahalah mencari cahaya agar tak berada dalam kegelapan
sebarkan ia pada mereka yang berbumbungkan langit kehitaman
bermalamkan tanpa bulan dan bintang
agar kau mendapat keredaanNya.

nuhaislami
aku terbayang..aku terkenang saat-saat yang lalu..
kata-kata..ketawa..senyuman..semuanya
terpahat dibenakku takkala aku terfikir waktu dulu
bagaikan bayang-bayang..ia datang..ia pergi..
kawan-kawan..guru-guru..semuanya masih segar dalam ingatan..
jka dulu aku sering bersama mereka,tapi kini semuanya sudah pergi..
aku keseorangan..aku sunyi..
alangkah indahnya waktu dulu..tapi apakah daya..
ianya bagaikan terjatuh dilantai
yang terjatuh dilantai..yang tak bisa disatukan kembali
aku harap mereka berada dalam jagaanNya
aku tak lupakan padaMu ya Rabbi
aku tahu Kau akan satukan kami kembali
ia pasti..pasti akan terjadi..cuma yang memisahkannya adalah waktu
aku tak tahu bilakah saat itu
semuanya dengan kekuasaanMu..
nuhaislami
dari setitik mani yang hina
manusia di biakanNya diatas muka bumi ini
daripada alam rahim
manusia dikeluarkan kealam dunia
dari kecil menjadi dewasa
dari muda sampai tua
dari tua sampai penhujung hayat seseorang
itulah ibarat perjalanan seorang hamba yang hidup didunia yang fana

ditengah-tengah itu..Engkau selitkan berbagai cubaan
untuk apa..untuk apa..
dalam kitabMu..untuk menguji iman hambaMu..
dari itu..hai manusia..apakah persediaanmu takkala bila ajalmu tiba
apakah kau mencari segala harta kekayaan
yang pasti bukan akan menjadi milik pewarismu
kau membangun bangunan yang bukan untukmu
adakah kau mengumpulkan harta yang akan membahagiakan kamu
takkala kau dimasukkan ke tempat asalmu
ianya gelap..apakah harta yang kau ada dapat menebusnya
ianya mustahil sekali...
sedarlah wahai manusia..
rebutlah peluang dalam waktu yang singkat ini
perbanyakanlah amalmu..
agar kau tak menyesal bila kau di panggilNya.
nuhaislami
Ya Allah..tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang Engkau berikan nikmat ke atas para nabiMu, siddiqin dan para shuhada’ dan bukan jalan yang Engkau murkai.
Engkau jadikan segala sesuatu berpasangan...

haq & batil...
halal & haram...

syurga & neraka...
hidup & mati...
dunia & akhirat..

hidup & mati..
semua itu ada hikmahnya
Engkau hiasi malam dengan bulan dan bintang
sebagai cahaya ketika dalam kegelapan
Engkau pancarkan cahaya matahari untuk kehidupan
semua itu nikmat yang Kau berikan
oleh itu ya Rabb..
jangan Engkau tukarkan hati kami sesudah Kau berikan hidayah kepada kami
bimbinglah kami kejalan lurus.