nuhaislami
awal paginya dia memberi nafas baru kepada setiap yang bernyawa,cahayanya menghidupkan seluruh alam semesta,burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas,kanak-kanak berlari riang,air-air kedengaran megalir yang mengusik jiwa dan memberi ketenagan sesiapa yang mendekatinya.dalam pada itu,ia terus memberi sinarannya sehingga tamat kontraknya.dalam seharian kerjanya,kadang-kadang ia hilang meyembunyikan diri untuk waktu seketika dan membiarkan kawannya menyirami tumbuh-tumbuhan,binatang dan manusia.kadang-kadang dia turun untuk memberi amaran dan ancaman kepada mereka yang lupa pada Pentadbir alam ini.dia hanya bertugas 12 jam satu hari.kawannya akan mengambil alih tugasnya apabila tiba waktu segala yang ada dimuka bumi di alam mimpi.aku tidak pasti adakah aku mampu merasai mentarinya lagi.aku tahu bahawa aku hanya perlu berserah diri kepadaNya kerana Dia berhak keatas aku.
nuhaislami
tersentak dari buaian mimpi-mimpi indah,engkau bangkit dari tidurmu,berjalan untuk menyingkap jendelamu,cahaya yang biasa engkau temui menyapa mukamu,oh,sudah pagi rupanya.engkau mencapai tuala dan bergegas untuk membersihkan dirimu.bagaikan tiada apa-apa bagimu,engkau meneruskan kehidupanmu seharian,dari pagi sampai ke petang,dari petang sampai ke malam,adakah bagi engkau segala yang engkau lihat selama ini hujah nenek moyang yang mengatakan sudah menjadi biasa matahari itu terbit dari timur dan tenggelam di barat?dari pagi bertukar petang?dari petang bertukar malam?adakah setiap hembusan nafas itu engkau hargai?jika itulah tanggapan engkau selama ini,sebenarnya engakau silap.cahaya yang engkau selalu menyapamu pasti akan membakarmu suatu hari nanti.engkau akan lihat cahaya yang selama ini terbit dari timur akan terbit dari barat.ia adalah petanda berakhirnya amalan manusia.adakah engkau sedari akan perkara ini akan berlaku?apakah persedian yang engkau lakukan?apakah selama ini engkau sujud kepadaNya?adakah engkau bersyukur setiap hembusan nafas yang engkau keluarkan?apakah tiada ruang untuk engkau mengenaliNya walau hanya sekejap?apakah kamu tidak merasa apa-apa tentang secebis ruang kehidupan yang diberikan kepada engkau?masih ada masa untuk engkau mengenali diriNya yang selama ini membiarkan engkau terus bernafas.engkau harus hidup umpama pedagang yang ingin mencari keuntungan.lantaran itu,engkau akan beruntung bilamana engkau dipanggil Tuanmu.